BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
kepada semua pengunjung untuk membuat pesanan sila lengkapkan borang pesanan yang terdapat di ruangan tepi web ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami melalui email:rhamenterprise@gmail.com atau menghubungi 019-7779717

Thursday, August 13, 2009

Pengenalan

Saya Masturi Bin Matani. Pemilik serta majikan Syarikat R & HAM ENTERPRISE. Berhubung dengan perkara diatas, saya ingin menyatakan mengapa tujuan syarikat R & HAM ENTERPRISE ini di tubuhkan. Syarikat R & HAM ENTRPRISE ini ditubuhkan pada 10 januari 2003. Beralamatkan no 363 Jalan Anggerik , Felcra Bukit Kepong, 85300, Labis, Johor. Maksud R & HAM adalah R adalah singkatan huruf kepada nama masturi dan HAM adalah singkatan kepada nama hamidah.


Syarikat R & HAM ENTERPRISE ini juga telah beroperasi selama 7 tahun. Tetapi di peringkat awal syarikat R & HAM ENTERPRISE hanya melakukan aktiviti menjual hasil pertanian sahaja. Seperti membekal, menjual dan mengeluarkan hasil pisang nipah, pisang berangan, pisang rastali serta pisang tanduk.


Pada peringkat ini juga syarikat R & HAM ENTERPRISE mempunyai pasaran di kawasan sekeliling dan di luar daerah serta luar negara. Seperti daerah batu pahat dan singapura. Seterusnya, pada permulaan tahun 2006 saya telah mendapat satu manfaat untuk melakukan perubahan kepada pembaharuan hasil perniagaan saya. Bagi menambahkan lagi hasil pendapatan syarikat serta pendapatan saya.


Pada tahun ini juga bermulanya operasi mengeluarkan hasil makanan ringan yang berasaskan pisang nipah. Iaitu kerepek pisang masin dan kerepek pisang manis. Timbulnya idea untuk menghasilkan kerepek pisang ini kerana terdapatnya banyak lebihan serta penawaran pisang pada bulan ramahdan. Disebabkan hal itu saya terus berminat untuk menubuhkan satu bengkel tempat pemprosesan kerepek pisang. Secara langsung saya dapat menjual serta membekalkan kerepek pisang ini kepada syarikat – syarikat makanan ringan yang lain.

Pada tahun 2007, pasaran syarikat R & HAM ENTRPRISE telah meningkat naik. Banyak permintaan terhadap kerepek pisang dari semasa ke semasa oleh semua pihak. Selain itu juga penambahan pekerja dilakukan. Sekarang syarikat mempunyai 12 orang pekerja tetap dan mahir tidak termasuk pekerja sambilan. Terdapat pelbagai pengkhususan di dalam kerja. Pengkhususan dalam bahagian pemasaran, jualan dan pemprosesan serta pengeluaran. Permulaan pada tahun berikutlah syarikat R & HAM ENTERPRISE terus berkembang pesat sehinggalah sekarang. Dari segi penilaian harta. Penambahan harta tetap syarikat satu persatu ditambahkan. Kadar jumlah nilai harta syarikat adalah berjumlah RM100 ribu. Termasuk nilai lori, van, barangan peralatan dapur pemprosesan, bengkel dan kedai.


Pada tahun 2008, saya telah mendirikan sebuah kedai di hadapan kampung felcra bukit kepong. Seterusnya, ia mendapat sambutan daripada penduduk sekitar dan penduduk di luar sekitar felcra bukit kepong. Selain itu juga, saya telah mendapat manfaat daripada pihak felcra kerana membantu saya dan syarikat R & ENTERPRISE. Dari segi pemberian tapak perniagaan yang strategik dan plastik pembungkusan kerepek pisang yang cantik serta sempurna bagi diterima di pasaran.


Dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan dan pemberian dari semua pihak.

0 comments: